Header Image - Rawatan Tradisional Tok Kencana

GANGGUAN JIN DAN MAKHLUK HALUS DI RUMAH

GANGGUAN JIN DAN MAKHLUK HALUS DI RUMAH

Ada gangguan jin dan makhluk halus yang tidak diingini berlaku di dalam rumah? Ada suara-suara yang entah dari mana datangnya? Sering sakit-sakit, mimpi menakutkan setiap malam? Rawatan Pulih Rumah Tok Kencana mampu membantu.

MUNGKIN RUMAH ANDA DIHUNI MAKHLUK HALUS?

Makhluk halus boleh mendiami rumah kita dengan pelbagai cara. Antaranya:

  • Rumah telah lama ditinggalkan.
  • Sihir  yang dihantar oleh orang lain.
  • Warisan saka.
  • Penunggu rumah yang diletakkan untuk menjaga rumah.
  • Dan banyak lagi.

Adakalanya rumah atau kedai yang telah dihuni makhluk halus membuatkannya seperti DINDING yang menghalang rezeki dari masuk… Jadi, jangan anggap remeh tentang perkara ini!

KAMI MEMPUNYAI PENYELESAIANNYA!

Sudah ratusan buah rumah kami berjaya pulihkan. Tidak kira sama ada gangguan jin dan makhluk halus yang diterima berat atau ringan. Kami sedia membantu.

Antara kaedah yang digunakan:

  • Pasung Puaka
  • Pasung Sihir
  • Pasung Makhluk Halus
  • Pasung Perniagaan
  • Raja Pelaris
  • Pelaris Kuasa
  • Pemulihan Perniagaan
  • Menghalau Makhluk Halus
  • Pasak Makhluk
  • Halus Pasak Diri

Ramai yang mulanya memandang remeh tentang gangguan jin dan makhluk halus di dalam rumah. Tetapi bila keadaan sudah menjadi tidak terkawal, barulah mula mencari jalan penyelesaian. Jika masalah masih di peringkat awal, mungkin ramai yang boleh merawatnya. Tetapi jika tahap gangguan sudah memasuki tahap kronik, memang agak sukar untuk merawatnya dan tidak semua orang berkemampuan untuk memulihkannya.

Pengalaman kami selama puluhan tahun merawat masalah ini pastinya akan dapat membantu anda. Sudah banyak kes-kes berat kami selesaikan melalui kaedah rawatan istimewa kami. Malah mengelakkan dari gangguan berlaku semula. Lebih menarik lagi, rezeki bagi penghuni rumah turut bertambah berkali ganda selepas gangguan diselesaikan, insyaAllah…

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkenaan gangguan jin dan makhluk halus selain dari di dalam rumah, jangan keberatan untuk menghubungi kami. InsyaAllah kami akan selesaikan.

Hubungi kami sekarang!

012-3421341

atau 019-3434344

SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.

12226765_10205378857810191_1235884291_n 12226899_10205378859930244_2073747647_n 12226622_10205378860090248_2009964901_n 12207922_10205378859410231_1674820392_n 12204878_10205378858370205_886633160_n 12204823_10205378858770215_1898027536_n 12202072_10205378858250202_339866303_n 12200913_10205378858450207_305728522_n 12188336_10205378857370180_1006427617_n

Rawatan paling popular diminta

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang bertanya kepada kami tentang rawatan paling popular diminta oleh pelanggan. Sebenarnya kami sentiasa memberikan pilihan yang terbaik berdasarkan kes. Namun begitu, pelanggan ternyata lebih gemar mendapatkan rawatan-rawatan tersebut.

1. Rawatan Paku

– Rawatan Paku merupakan rawatan yang paling banyak mendapat permintaan. Hampir kebanyakan pelanggan baru, pelanggan sedia ada dan pelanggan yang direkomen oleh rakan-rakan memilih rawatan ini. Secara ringkasnya, Rawatan Paku bertujuan untuk membuang sifat-sifat buruk seseorang (pasangan suami isteri, anak, adik-beradik).

Setiap batang paku mewakili sifat buruk yang ingin dibuang.

Setiap batang paku mewakili sifat buruk yang ingin dibuang.

2. Minyak pengasih calit.

– Minyak pengasih merupakan rawatan yang kedua popular. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, minyak pengasih kami mempunyai tujuan umum dan khas. Bagi tujuan umum, ia mampu memberikan aura kepada si pemakai agar dikasihi orang ramai, bos, adik beradik, mentua dan lain-lain. Bagi tujuan khas pula, ia boleh ditujukan kepada seseorang hanya dengan mencalitkan barang kepunyaan orang yang dituju seperti kasut, baju dan lain-lain. Sebenarnya ia memang berkesan walaupun tanpa dicalit.

Ibu Minyak Pengasih

Ibu Minyak Pengasih

Sementara itu, dari masa ke semasa kami turut menerima kes-kes melibatkan gangguan makhluk halus, saka, ilmu hitam, sihir, santau dan lain-lain. Kes-kes sebegini memerlukan pemantauan lebih teliti.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami:

Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba atau mengetahui lebih lanjut tentang rawatan ini, sila hubungi Tok Kencana di talian:

012-3421341, 019-3434344, 012-6181341

Pemanis & Pengasih Untuk Jadikan Diri Sentiasa Dikasihi

Sebagai seorang manusia, kita tentunya akan merasa bahagia jika sentiasa dikasihi walaupun ke mana sahaja kaki melangkah.

Ini boleh dijadikan kenyataan dengan rawatan istimewa Tok Kencana.

Pemanis Permata Kasih

Rawatan khas untuk pemanis seluruh badan supaya kelihatan cantik dan menarik dan akan membuatkan si pemakai dikasihi dan disayangi di mana mana sahaja.  Pemanis ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang mencari jodoh, jurujual, ahli-ahli politik & mereka yang lazimnya mendapat manfaat jika disukai oleh ramai orang.

Sehingga kini, Pemanis Permata Kasih telah banyak membantu mereka yang kurang keyakinan diri, tidak tahu bergaul atau sukar untuk menarik perhatian orang lain. Pemanis ini bagaikan magnet yang boleh menarik perhatian orang akan memberikan tumpuan pada diri kita dan seterusnya menyukai kita.

Pengasih Permata Hati

Rawatan khas untuk pengasih pada semua orang supaya sentiasa dicintai dan disayangi, juga boleh ditujukan pada seseorang bagi yang mempunyai masalah rumah tangga dan percintaan.

Tanpa sebarang pantang larang yang menyeksakan dan boleh digunakan walaupun pada jarak jauh, Pengasih Permata Hati sangat sesuai untuk semua orang.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba atau mengetahui lebih lanjut tentang rawatan ini, sila hubungi Tok Kencana di talian:

012-3421341

Kalung Cinta, Kasih & Nafsu

Cinta sudah tidak membara?
Kekasih/Pasangan mula bosan dengan anda?
Si Dia ada main kayu tiga?
Pasangan ada tabiat buruk yang sukar dibuang?
Tunang ingin putuskan hubungan?

JANGAN BIARKAN MASALAH INI BERLARUTAN…

Mungkin Anda Akan Kehilangan Si Dia Yang Dikasihi!

Jika anda mengalami salah satu atau lebih dari masalah yang disebutkan di atas, kami boleh membantu anda meraih semula cinta Si Dia dan mendapatkan semula ciri-ciri pasangan idaman anda darinya.

Memperkenalkan…

Rawatan istimewa Tok Kencana – Kalung Cinta, Kasih & Nafsu.

kalung cinta

 

Kalung Cinta, Kasih & Nafsu ini merupakan gabungan antara petua tradisional yang diwarisi dari nenek moyang terdahulu dan ayat-ayat terpilih.

Melalui kaedah ini, cinta, kasih dan nafsu orang yang dituju akan ‘dikunci’ ke dalam botol dan diberikan kepada pelanggan. Secara simboliknya, cinta, kasih dan nafsu orang yang dituju berada dalam milikan pelanggan.

Teknik ini merupakan teknik istimewa yang tidak diketahui oleh kebanyakan pengamal perubatan tradisional lain. Apatah lagi, ianya diwarisi melalui keturunan Tok Kencana.

Pelanggan boleh memilih sama ada inginkan salah satu dari 3 kalung ini (Kalung Cinta, Kalung Kasih & Kalung Nafsu).

“Untuk kebanyakan kes yang sudah kronik, kami mengesyorkan agar pelanggan mengambil ketiga-tiga kalung ini. Ini kerana setiap kalung mewakili cinta, kasih dan nafsu.”

kalung-kasih-2

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba atau mengetahui lebih lanjut tentang rawatan ini, sila hubungi Tok Kencana di talian:

012-3699117, 012-6181341 atau 019-3434344

 

MINYAK PENGASIH CALIT TOK KENCANA

minyak pengasih

Calit pada kasut pun menjadi!

Cinta benar-benar membuatkan ramai orang ‘buta’. Disebabkan itu, tidak hairanlah jika ramai orang merasa kecewa selepas mencurahkan segala-galanya. Begitulah yang dirasakan oleh Amin selepas dirinya ditinggalkan oleh kekasihnya Shila. Bukan sahaja kasih sayang, malah wang ringgit turut dilaburkan semata-mata untuk menggembirakan hati Shila. Namun dia tidak sangka Shila akhirnya meninggalkan dirinya dan beralih kasih kepada kekasih baru yang jauh lebih berharta.
Amin benar-benar kecewa dan tidak tahu pada siapa dia ingin mengadu. Harapannya hancur berkecai. Berkali-kali dia merayu pada Shila agar menerima dirinya kembali. Bagaimanapun, rayuannya sering dibalas dengan cacian dan makian.
Dengan sisa-sisa semangat yang ada, Amin mula mencari kaedah alternatif bagi meraih semula cinta Shila. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional mengesyorkan dirinya agar mengambil minyak pengasih. Amin mengambilnya tetapi cara penggunaan minyak pengasih tersebut mendatangkan kesukaran buat dirinya kerana ia perlu dicalitkan pada orang yang disasarkan. Bagaimana Amin hendak melakukannya sedangkan ingin bertemu dengan Shila pun boleh dikatakan mustahil. Wanita itu telah berpindah ke tempat lain yang tidak diketahuinya.
Mujurlah dalam kekusutan itu seorang rakan telah memperkenalkan dirinya kepada pengamal perubatan tradisional Tok Kencana. Menggunakan minyak pengasih calit yang diberikan oleh Tok Kencana, Amin tidak perlu bersusah payah mencari Shila. Dia hanya perlu mencalitkan minyak pengasih calit tersebut pada kasut Shila yang masih ada di rumahnya. Dia turut mencalitkan minyak calit tersebut pada beberapa barangan Shila yang disimpanya.
Berkat usahanya itu, akhirnya ia membuahkan hasil seperti diharapkan. Shila telah menghubungi telefon bimbitnya pada suatu hari dan menyatakan ingin kembali padanya. Sudah tentu rayuan Shila diterima dengan baik kerana memang itulah harapannya.
Begitulah antara kisah pelanggan yang telah datang mendapatkan khidmat dari Tok Kencana. Kehebatan minyak pengasih calit yang dihasilkan oleh beliau tidak pernah mengecewakan. Malah ramai menganggap minyak pengasih Tok Kencana sebagai sesuatu yang ajaib.
“Itulah kehebatan salah satu minyak pengasih yang saya hasilkan. Pengguna tidak perlu bersusah payah untuk mencalitkan pada badan orang yang ingin disasarkan. Cukup hanya menyapukannya pada barangan milik mereka,” jelas Tok Kencana.
Bagaimanapun, minyak pengasih calit tersebut sebenarnya bukan mudah untuk dihasilkan. Ia perlu dizikir, didoa dan dimasukkan ‘kuasa’ selama lebih kurang setahun setengah. Minyak pengasih calit itu juga dianggap sebagai Ibu Minyak Pengasih oleh sesetengah orang.
“Bila kuasanya sudah tinggi, maka calit pada kasut pun menjadi!” katanya.
Menurut Tok Kencana, minyak pengasih berkenaan sering disyorkan kepada pelanggan yang ditinggalkan oleh pasangan seperti suami isteri, kekasih atau tunang. Penggunaannya yang mudah membuatkan minyak pengasih ini mendapat permintaan tinggi.
Selain minyak pengasih, Tok Kencana turut menyediakan pelbagai rawatan lain seperti pelaris diri dan perniagaan, rawatan memulihkan dara atau tubuh, sihir dan buatan orang dan sebagainya.
Bagi mereka yang sukar untuk datang ke pusat rawatannya, Tok Kencana juga menyediakan rawatan jarak jauh. Meskipun pelanggan tidak bertemu secara langsung dengannya, kesan rawatan yang diberikan masih sama hebatnya.

Tok Kencana boleh dihubungi di talian 012-3699117, 012-6181341 atau 019-3434344

 

PERINGATAN!

Pihak kami telah menerima aduan bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab menyamar dan mengambil wang rawatan perubatan bagi pihak kami terutamanya melalui media sosial Facebook. Kami tidak pernah memiliki akaun Facebook dan ada pihak yang mengambil gambar dari laman web ini untuk menipu orang ramai dengan menyamar sebagai pihak TOK KENCANA.

Pihak Pusat Rawatan Tok Kencana HANYA menerima bayaran melalui akaun bank di bawah. Selain dari akaun bank ini, pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul.

Maybank

No. Akaun: 162508155648

Wan Nurashikin

 p/s: Tok Kencana boleh dihubungi melalui talian 012-3421341, 019-3434344, 012-6181341

 

* Sila klik pada butang (X) di sebelah atas kanan untuk menutup tetingkap ini