1. MINYAK PENGASIH
A. Ibu Minyak Pengasih (calit pada kasut pun menjadi!)
Ibu minyak pengasih merupakan salah satu minyak pengasih yang amat rumit pembuatannya. Ia perlu didoakan, dizikirkan dan dimasukkan kuasa selama lebih kurang setahun setengah sebelum mencapai tempoh matang dan boleh digunakan. Apabila sudah mencapai tempoh matang, ia menjadi minyak pengasih yang sangat hebat hinggakan mencalit pada kasut atau barangan milik orang yang disasarkan pun sudah memadai.
B. Minyak Pengasih Peram
Berbanding minyak pengasih biasa, Minyak Pengasih Peram merupakan minyak pengasih yang lebih hebat. Ia merupakan minyak pengasih yang diperam selama lebih 10 tahun dan dikuasakan secara berterusan. Minyak ini amat berkesan dan memiliki fungsi yang pelbagai seperti pengasih, penunduk, penghormatan, sanjungan, pelaris dan sebagainya. Sangat sesuai digunakan oleh artis-artis, tokoh politik, pemimpin dan mereka yang berurusan dengan orang ramai agar sentiasa dikasihi, disanjung dan dihormati.
2. RAWATAN PAKU
‘Paku’ Cinta Pasangan…
Setiap batang paku mewakili sifat buruk yang ingin dibuang.
Merawat masalah berhubung:
Pasangan curang.
Pasangan buas.
Pasangan lupa tanggungjawab
Pasangan banyak menghabiskan masa di luar berbanding di rumah
Pasangan tidak mesra
Dan banyak lagi.
Setiap orang mempunyai pilihan sama ada ingin membiarkan keburukan tersebut terus berlaku atau merawatnya. Mungkin jika dibiarkan, ia akan melarat hingga berlakunya keruntuhan di dalam rumah tangga.
Bagi menyelesaikan masalah suami yang buas atau ganas, saya hanya menggunakan paku. Melalui kaedah ini, segala sikap buruk suami bukan sahaja dapat dibuang, malah perasaan cinta dan sayang suami akan diikat selama-lamanya.
Rawatan ini menggunakan sebatang hingga maksimum 7 batang paku. Sebatang paku yang digunakan mewakili satu sifat seperti jiwa, raga, nafsu, kasih, sayang, hati, keinginan dan sebagainya. Setiap paku dizikirkan dan diritualkan berserta gambar pasangan mengikut permintaan pelanggan.
Sesudah itu, gambar dan paku tersebut diserahkan semula kepada pelanggan untuk ditanam.
Bagi pasangan yang terlalu ganas dan sukar dikawal, saya mengesyorkan agar mereka terus menggunakan maksimum 7 batang paku. Dengan ini, cinta dan kasih sayang pasangan akan di’paku’ hingga ke mati.
Adakalanya pasangan yang tidak mempunyai perangai buruk pun boleh menjadi lupa kepada tanggungjawab di dalam rumah tangga. Ada yang terikat dengan kawan-kawan, ‘gila’ bekerja dan seumpamanya. Walaupun kes-kes seperti ini tidak, namun ia juga boleh dirawat sebelum melarat dan mengundang masalah lain seperti kecurangan dan sebagainya..
Rawatan ini merupakan salah satu daripada kaedah rawatan yang paling banyak mendapat permintaan pelanggan. Selain memberi kesan dalam tempoh yang singkat, ia juga bertahan lebih lama.
3. MANDI BUNGA DAN MANDI BUAH-BUAHAN
Mandi Bunga & Penyeri Wajah
Rawatan mandi bunga baik untuk penyeri, pulih semangat, rezeki dan sebagainya.
Secara lazimnya, seri wajah dan diri seseorang akan hilang seiring dengan peningkatan usia. Atas sebab itulah pelbagai kaedah telah diperkenalkan sejak lama dahulu bagi mengekalkan atau mengembalikan seri diri. Bagi masyarakat Melayu, kaedah yang sering diamalkan adalah Mandi Bunga.
Saya secara peribadi mengesyorkan agar Rawatan Mandi Bunga dilakukan setiap 6 bulan sekali bagi mengekalkan seri wajah dan diri. Itulah yang sering diamalkan oleh Puteri Jawa suatu ketika dahulu.
Sebenarnya bukan perkara biasa jika kita melihat seseorang wanita yang cantik tetapi wajahnya tidak berseri. Sementara itu, ada pula yang rupa parasnya biasa tetapi sering menarik mata kita untuk memandangnya. Itulah perbezaan antara wajah yang berseri dan tidak.
Bagi Rawatan Mandi Bunga yang saya lakukan, ia bukanlah sekadar mandi bunga biasa tetapi turut disertakan jampi. Pelanggan boleh merasakan perbezaannya sebelum dan selepas rawatan.
Selain itu, mandi untuk memulihkan semangat juga ada disediakan. Mungkin ada di antara kita yang sering merasa malang sentiasa dan ini membuatkan diri tidak bersemangat. Adakalanya kita tidak perasan sesuatu telah membuatkan semangat kita lemah. Contohnya melalui tempat-tempat ‘keras’.
Selalunya, saya akan mengesyorkan Rawatan Mandi Bunga dilakukan sebaik sahaja seseorang sudah berusia 18 tahun dan ke atas. Ini bukan sahaja untuk penyeri tetapi juga semangat dan rezeki.
MANDI BUAH-BUAHAN
Selain mandi bunga, Rawatan Mandi Buah-Buahan juga ada disediakan. Ini khusus untuk mengekalkan awet muda dan kelebihan lain. Antara buah-buahan yang boleh digunakan ialah epal merah, epal hijau, oren dan delima. Buah pisang tidak boleh digunakan kerana khasiatnya tidak begitu tinggi untuk rawatan ini.
Comments ( 60 )