1. MINYAK PENGASIH

A. Ibu Minyak Pengasih (calit pada kasut pun menjadi!)

Ibu minyak pengasih merupakan salah satu minyak pengasih yang amat rumit pembuatannya. Ia perlu didoakan, dizikirkan dan dimasukkan kuasa selama lebih kurang setahun setengah sebelum mencapai tempoh matang dan boleh digunakan. Apabila sudah mencapai tempoh matang, ia menjadi minyak pengasih yang sangat hebat hinggakan mencalit pada kasut atau barangan milik orang yang disasarkan pun sudah memadai.

Ibu Minyak Pengasih

Ibu Minyak Pengasih

B. Minyak Pengasih Peram

Berbanding minyak pengasih biasa, Minyak Pengasih Peram merupakan minyak pengasih yang lebih hebat. Ia merupakan minyak pengasih yang diperam selama lebih 10 tahun dan dikuasakan secara berterusan. Minyak ini amat berkesan dan memiliki fungsi yang pelbagai seperti pengasih, penunduk, penghormatan, sanjungan, pelaris dan sebagainya. Sangat sesuai digunakan oleh artis-artis, tokoh politik, pemimpin dan mereka yang berurusan dengan orang ramai agar sentiasa dikasihi, disanjung dan dihormati.

 

2. RAWATAN PAKU

 

‘Paku’ Cinta Pasangan…

Setiap batang paku mewakili sifat buruk yang ingin dibuang.

Merawat masalah berhubung:

Pasangan curang.
Pasangan buas.
Pasangan lupa tanggungjawab
Pasangan banyak menghabiskan masa di luar berbanding di rumah
Pasangan tidak mesra
Dan banyak lagi.

Pelanggan boleh memilih sehingga 7 batang paku, mewakili 7 sifat yang ingin dipulihkan.

Pelanggan boleh memilih sehingga 7 batang paku, mewakili 7 sifat yang ingin dipulihkan.

Setiap orang mempunyai pilihan sama ada ingin membiarkan keburukan tersebut terus berlaku atau merawatnya. Mungkin jika dibiarkan, ia akan melarat hingga berlakunya keruntuhan di dalam rumah tangga.
Bagi menyelesaikan masalah suami yang buas atau ganas, saya hanya menggunakan paku. Melalui kaedah ini, segala sikap buruk suami bukan sahaja dapat dibuang, malah perasaan cinta dan sayang suami akan diikat selama-lamanya.

Setiap batang paku mewakili sifat buruk yang ingin dibuang.

Setiap batang paku mewakili sifat buruk yang ingin dibuang.

Rawatan ini menggunakan sebatang hingga maksimum 7 batang paku. Sebatang paku yang digunakan mewakili satu sifat seperti jiwa, raga, nafsu, kasih, sayang, hati, keinginan dan sebagainya. Setiap paku dizikirkan dan diritualkan berserta gambar pasangan mengikut permintaan pelanggan.

Sesudah itu, gambar dan paku tersebut diserahkan semula kepada pelanggan untuk ditanam.
Bagi pasangan yang terlalu ganas dan sukar dikawal, saya mengesyorkan agar mereka terus menggunakan maksimum 7 batang paku. Dengan ini, cinta dan kasih sayang pasangan akan di’paku’ hingga ke mati.
Adakalanya pasangan yang tidak mempunyai perangai buruk pun boleh menjadi lupa kepada tanggungjawab di dalam rumah tangga. Ada yang terikat dengan kawan-kawan, ‘gila’ bekerja dan seumpamanya. Walaupun kes-kes seperti ini tidak, namun ia juga boleh dirawat sebelum melarat dan mengundang masalah lain seperti kecurangan dan sebagainya..
Rawatan ini merupakan salah satu daripada kaedah rawatan yang paling banyak mendapat permintaan pelanggan. Selain memberi kesan dalam tempoh yang singkat, ia juga bertahan lebih lama.

 

3. MANDI BUNGA DAN MANDI BUAH-BUAHAN

Rawatan mandi bunga baik untuk penyeri, pulih semangat, rezeki dan sebagainya.

Rawatan mandi bunga baik untuk penyeri, pulih semangat, rezeki dan sebagainya.

Mandi Bunga & Penyeri Wajah

Rawatan mandi bunga baik untuk penyeri, pulih semangat, rezeki dan sebagainya.

Secara lazimnya, seri wajah dan diri seseorang akan hilang seiring dengan peningkatan usia. Atas sebab itulah pelbagai kaedah telah diperkenalkan sejak lama dahulu bagi mengekalkan atau mengembalikan seri diri. Bagi masyarakat Melayu, kaedah yang sering diamalkan adalah Mandi Bunga.

Saya secara peribadi mengesyorkan agar Rawatan Mandi Bunga dilakukan setiap 6 bulan sekali bagi mengekalkan seri wajah dan diri. Itulah yang sering diamalkan oleh Puteri Jawa suatu ketika dahulu.

Sebenarnya bukan perkara biasa jika kita melihat seseorang wanita yang cantik tetapi wajahnya tidak berseri. Sementara itu, ada pula yang rupa parasnya biasa tetapi sering menarik mata kita untuk memandangnya. Itulah perbezaan antara wajah yang berseri dan tidak.

Bagi Rawatan Mandi Bunga yang saya lakukan, ia bukanlah sekadar mandi bunga biasa tetapi turut disertakan jampi. Pelanggan boleh merasakan perbezaannya sebelum dan selepas rawatan.

Selain itu, mandi untuk memulihkan semangat juga ada disediakan. Mungkin ada di antara kita yang sering merasa malang sentiasa dan ini membuatkan diri tidak bersemangat. Adakalanya kita tidak perasan sesuatu telah membuatkan semangat kita lemah. Contohnya melalui tempat-tempat ‘keras’.

Selalunya, saya akan mengesyorkan Rawatan Mandi Bunga dilakukan sebaik sahaja seseorang sudah berusia 18 tahun dan ke atas. Ini bukan sahaja untuk penyeri tetapi juga semangat dan rezeki.

MANDI BUAH-BUAHAN

Rawatan mandi buah-buahan sesuai untuk awet muda dan kecantikan.

Rawatan mandi buah-buahan sesuai untuk awet muda dan kecantikan.

Selain mandi bunga, Rawatan Mandi Buah-Buahan juga ada disediakan. Ini khusus untuk mengekalkan awet muda dan kelebihan lain. Antara buah-buahan yang boleh digunakan ialah epal merah, epal hijau, oren dan delima. Buah pisang tidak boleh digunakan kerana khasiatnya tidak begitu tinggi untuk rawatan ini.

Comments ( 60 )

  1. ReplySue
    Assalammualaikum, Tok Kencana. saya dapati tok kencana boleh membantu jarak jauh. saya ada masalah dengan tunang(lelaki) saya dan family tunang saya.. kami sebelum ni nekad nak bernikah tetapi disebabkan masalah wang hantaran tidak dapat kumpul family tunang saya melarang kami menikah. Selepas kejadian itu, tunang saya cari saya kembali untuk menikah di siam dan saya bersetuju kerana saya sayang sangat padanya dan kini family tunang saya dapat tahu hubungan kami sehingga tunang saya terpaksa putuskan hubungan dengan saya dan mencari pengganti saya. saya disini nak tok kencana bantu saya buatkan bekas tunang saya kembali pada saya kerana saya sayang sangat dengan dia dan ingin berkahwin dengannya.
    • ReplyTok Kencana
      Waalaikumussalam. Boleh diusahakan. Sila hubungi kami untuk respon yang lebih cepat.
  2. Replysarah b
    slm, saya mnghadapi masalah dgn kekasih saya, dimana dia tidak mahu bertanggugjwb dan anggap remeh atas perbuatan dia pada saya. Sering kali saya memarahi dia kerana sikapnya yg tak ingin berubah dan bertanggugjwb. Bgaimana tok boleh bantu saya? saya sudah binggug.
    • ReplyTok Kencana
      Rawatan Paku boleh membantu. InsyaAllah... Sila hubungi kami melalui nombor telefon yang disediakan untuk maklumat lebih jelas.
  3. Replymusthakeem
    salam , saya student diploma . saya ada masalah lemah semangat kurang percaya pada diri sendiri. orang sekeliling sering merendah2kan saya dan orang sekeliling tidak hormat langsung pada saya. sering ada masalah dalam keluarga. sering ada masalah dengan pasangan. rakan2 selalu tidak senang dengan saya. tok, apa minyak atau rawatan yg sesuai untuk saya .
    • ReplyTok Kencana
      Minyak pengasih boleh digunakan untuk tujuan itu. InsyaAllah akan nampak perbezaannya. Sila hubungi kami untuk maklumat lebih jelas.
  4. ReplyBro127
    Asalammualaikum...kalau buat no ekor xde ker?
  5. Replyrara
    assalam.. sy ditinggalkan kekasih sudah hampir setahun tanpa sebab .tetapi sy masih lg merayu pd dia utj kembali kpd saya. dan masih lg bhubung dgn kekasih walaupun tiada ikatan. saya ingin dapatkan kekasih sy semula krn saya sangat cintakan dia dan pernah terlanjur.namun keluarga kekasih menentang hubungan kami walaupun sudah tahu kekasih sudah rosakkan saya dan keluarga kekasih juga ada berubat utk jauhkan saya dr kekasih s . bolehkan tuan selesaikan masalah sy dan rawatan apa patut dibuat? saya ingin kekasih kembali kpd saya, ingin kekasih saya cintakan saya seorang,dan juga ingin keluarga kekasih menerima saya sebagai menentu mereka...
    • ReplyTok Kencana
      Ada caranya. Sila hubungi kami melalui nombor telefon yang disediakan untuk maklumat lanjut.
    • ReplyNelayan Kota
      RARA kita sama. jom kita kenal kenal. mana tahu ada jodoh.. nak bina hidop baru ...
  6. Replynas
    Saya berminat perubatan cara paku kerana bakal suami saya suka curang dan selalu suka keluar rumah. Sekarang dia dah minta putus. Saya mahu dia kembali.Saya berada di Spore. Dapat kah saya berubat dari jarak jauh.Boleh ke berhubung melalui email atau whatsap?
    • ReplyTok Kencana
      Boleh buat rawatan jarak jauh. Hubungi kami melalui talian yang diberikan.
  7. Replyseparuhmati
    kekasih sy dah tinggalkan sy. selalunya kalau bergaduh dia cuma akan senyap sehari sahaja. kali ni dah seminggu lebih dia senyap. panggilan sy dia tak nk jawap. line sy semua dia dah block. dia batalkan semua percutian kami untuk bulan January ni, dan dia nk putuskan hubungan. sy sayang sangat2 kat dia dan tak akan ada orang lain boleh gantikan tempat dia. sy nk dia balik kepada sy macam dulu. boleh kah buatkan dia balik pada sy semula dengan segera (sebelum dia bercuti awal January ni) dari jarak jauh?
    • ReplyTok Kencana
      Maaf atas kelewatan membalas. Sekiranya masih berminat, boleh hubungi kami terus di talian yang disediakan.
  8. ReplySiti
    Tok, Saya perlukan bantuan untuk rumahtangga saya. Suami saya jarang pulang ke rumah dan tidak bertanggung jawab. Pernah berpisah sebab dia main kayu tiga. Dia pantang nampak perempuan. Terlalu peramah dan tak tahu batas. Bila pulang je rumah, dia tak akan layan saya. Asyik marah-marah dan duit belanja pun tak kasi. Bole tok tolong?
    • ReplyTok Kencana
      Memang banyak kes sebegini. Boleh guna rawatan getah seluar dalam. Hubungi kami untuk penerangan lanjut.
  9. ReplyIja
    Salam tok. Saya ada masalah dgn kelasih. Ada tak cara untuk die tunduk dan kembali kepangkuan sy. Die masih sygkan sy. Mungkin ada sebab tertentu die berat untuk kmbali pd sy. Tok boleh tolong sy? Kami dh merancang untuk kahwin tahun depan.
    • ReplyTok Kencana
      Boleh dibuat dan ada beberapa cara. Hubungi kami untuk konsultansi yang lebih lanjut.
  10. ReplyATIQAH
    salam tok,saya ada masalah dengan pasangan saya.dulu dia beri - ria inginkan saya.sebulan kami menjalinkan hubungan.tetapi atas kesilapan saya kerana menceritakan cerita tentang bekas tunang saya..dia berubah dan tidak ingin saya mengganggu dya lagi..saya dah cuba..tetapi tidak boleh..macam ada sesuatu pada dia yang membuatkan saya tidak boleh lupakan dya.sampaikan hari-hari sya lalu dihadapan rumahnya.saya terlalu sayangkan dya.saya tidak pernah rasa sedih sebegini.saya terlalu sayangkan dya.dan ingin kembali bersama dya.ada cara untuk saya dapatkan dya kembali??
    • ReplyTok Kencana
      Ada caranya... Jangan risau
  11. Replyfrancis
    Salam, Saya dari sarawak.saya ada masalah dengan parents kekasih saya.Mereka tidak merestui langsung hubungan kami berdua memandangkan saya ini seorang duda. Apa yang saya takutkan ialah saya takut kekasih saya akan meninggalkan saya kerana mengikut cakap parent dia. So, ada tak cara nak mengikat pasangan saya supaya setia dengan saya dan mecairkan hati parent dia supaya merestui hubungan kami? TQ
    • ReplyTok Kencana
      Ada caranya. Hubungi kami untuk keterangan lanjut
  12. Replynurul
    As salam...Saya sudah bersama dengan kekasih saya selama 11 tahun.Setiap kali kami ingin mendirikan rumah tangga ada sahaja halangan yang berlaku.Tetapi kekasih saya berjanji akan mengahwini saya.Tetapi sejak akhir-akhir ini dia banyak berubah.Hati naluri saya mengatakan dia ada perempuan lain.saya terlalu sayangkan dia. saya tak nak dia berlaku curang lagi, dan setia bersama saya sehingga kami berkahwin.Saya nak dia sentiasa jujur dengan saya.Ada cara untuk Tuan buat cara jarak jauh tak?
    • ReplyTok Kencana
      Ada caranya. Boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut.
  13. ReplyAin
    Asslm tok..sy Ade jlinkn hub dgn sorg lelaki di tmpat keje..dia bujang..tp mslhnye sy dh kwen..n skrg sy insaf sy bernekad utk stopkn hub dgn dia tp terlalu susah nk lupakn dia sbb setiap hr kami akn jumpa di tmpat keje kerana kami 1 team..adekan ape2 rawatan utk wt sy lupakn n klau boleh benci terus tgk muka dia?n boleh tk,rawatan mcm tu dibuat secara jarak jauh je.. Tq
    • ReplyTok Kencana
      Boleh... Hubungi kami untuk keterangan lanjut
  14. Replyathirah
    salam tok, saya ada masalah dengan kekasih saya. pada awalnya dia beria-ia hendakkan saya. tapi lepas saya dapat tahu dia curang dibelakang saya, hubungan kami jadik renggang. kami selalu bergaduh. dan selalu mengugut untuk menyebarkan gambar saya. saya sudah menurut permintaannya agar dia tidak tinggalkan saya. perkara paling teruk bila dia berani naik tangan ke muka saya. tolong saya tok, saya sayangkan dia. saya taknak dia berlaku curang lagi, dan setia bersama saya sehingga kami berkahwin.
    • ReplyTok Kencana
      Boleh pilih sama ada mahu Rawatan Paku atau pilihan rawatan yang lain yang sesuai untuk masalah ini. Hubungi kami untuk penjelasan.
  15. Replylia
    Setiap kali saya dalam hubungan pasti ada masalah dan masalah tersebut adalah dicurangi dan pasangan tiba2 xda hati pada saya walaupun pada awalnya pasangan ymsy yg beria2 maukan saya. Kdg2 rasa mcm ada yg ganggu setiap hubungan saya. Nak tunang pts, nak kawin pun pts. Saya cuma nak pemanis saja dan kalau boleh apa2 yang mengganggu saya dari mendapat jodoh di buang.
    • ReplyTok Kencana
      InsyaAllah ada caranya. Ada beberapa kaedah rawatan boleh digunakan. Terpulang kepada pilihan anda. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan kami. Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 012-3699117 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.
  16. ReplyMaya Puteri
    Assalamualaikum. .tok saya ingin memulihkan pasangan saya lagi yg curang di belakang saya..harap tok boleh tolong saya..
    • ReplyTok Kencana
      Banyak cara untuk pulihkan pasangan curang. Sila hubungi kami untuk penerangan lebih jelas. Alamat: No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 012-3699117 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.
  17. ReplyNoor
    assalamualaikum . saya ada satu masalah , saya pernah bercinta dangan seorang lelaki selama tiga tahun , tapi sekarang dah setahun kami putus , tapi hati saya masing sayangkan dia dari awal saya kenal dia until now, saya tak tau lagi mcm mne nak tari perhatian dia, dia tk pernah bagi peluang kedua pada saya , sedangkan dia yang berjanji akan jage saya , tapi dia yg tinggalkan saya, saya harap sangat tok boleh tolong msalah saya ni,
    • ReplyTok Kencana
      Kes macam ni sudah biasa. Tapi masih boleh diikhtiarkan. Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut. Alamat: No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 012-3699117 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.
  18. Replynur
    Assalam, tok, sy ada masalah dengan pasangan sy.. kami telah sepakat utk mendirikan rumah tangga tahun ini.. akan tetapi terdapat tentangan dari keluarga sebelah dia ( lelaki) dan dlm masa sama bekas isterinya ingin kembali pada dia.. bolehkah tok buat dia terus dengan saya, kekalkan kasih syg dia pada sy agar kami blh terus hidup bersama.
    • ReplyTok Kencana
      InsyaAllah boleh diuruskan, sila hubungi kami terus untuk maklumat lanjut.
  19. Replyazmi
    Salams, Saya perlukan pertolongan. Saya sudah berkahwin dengan 2 org anak. Perkahwinan saya tidak bahagia sejak dari permulaan perkahwinan lagi mungkin kerana perkahwinan bukanlah dari dasar cinta sejati. Namun kerana fikirkan anak2 saya teruskan jua.  Saya telah berkenalan dengan seorang wanita sejak setahun yang lalu dan sangat2 mencintainya. Saya tidak pernah rasa apa yang saya rasa padanya pada perempuan lain sebelum2 ini walaupun pada isteri saya sendiri. Mungkin ini yang dikatakan cinta sejati. Sangat2 mencintai beliau sehingga saya sanggup berbuat apa sahaja untuknya. Hasrat berkahwin lain telah disuarakan pada isteri saya dan beliau setuju namun berlaku sedikit masalah. Wanita yang saya kenali ini lain bangsa, lain agama. Walaupun saya tahu yang dia amat mencintai saya, namun dia tak sanggup membelakangkan keluarga atau jadi yang no2. Saya sangat berharap sesuatu boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini agar saya dan wanita itu dapat disatukan tanpa melukakan hati siapa pun terutamanya ibu bapa beliau. Terima kasih
    • ReplyTok Kencana
      Sila hubungi kami dan buat temujanji. Banyak perkara perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum rawatan dibuat.
  20. ReplySyahrul Rizal
    Assalamualaikum sy ada mslah rmahtangga isteri sy tdak dpt lagi memaaf dan menerima diri sy stlah dia kecewa dgn sikap sy yang slalu tidak mengambil berat tentang dirinya,tidak menghargai pengorbanannya dan selalu bercakap kasar dengannya bolehkah sy ingin mengembalikan rasa sayang dlm hatinya smula utk sy dan dpt menerima sy kembali dan dpt hdup semula dgnnya dan anak2 sbb skrg dia sudah mula meminta sy ceraikannya dan jika bercerai blhkah lg utk melembutkan hati dia utk kembali pd sy
    • ReplyTok Kencana
      Boleh, insyaAllah. Ada beberapa kaedah boleh digunakan. Sila berhubung terus untuk maklumat selanjutnya. usat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700
  21. ReplyBB
    Salam tok..saya dah bercerai gara2 perempuan salon. Langsung tiada perbalahan dan bekas suami hanya menceraikan saya melalui sms. Sya nak bekas suami saya melutut dan meminta maaf kerana meninggalkan saya dan anak2 3 orang yg masih kecil. Apa cara terbaik tok?
    • ReplyTok Kencana
      Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut... Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.
  22. ReplyFazila
    As slm..tok..sy ada mslh..sy br bercerai 4 bln lps...hati sy masih syg lg kt ex hsbnd...sy inginkan dia kembali utk ank2 tok..sy ingin dia kembali tok.. Brape mahar nye tok....
    • ReplyTok Kencana
      InsyaAllah Ada caranya... Sila hubungi kami Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.
  23. Replyman
    salam.. bolehkan saya mendapatkan semula hati tunang saya yang disyaki ade lelaki lain dalam hidupnya setelah 4 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan saye? dengan cara apakah yang paling berkesan?
    • ReplyTok Kencana
      Rawatan Paku sangat berkesan. Ada lagi beberapa cara lain. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut. Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.
  24. Replyfirdaus
    Salam...saya nak minta tolong. Sebenarnya saya berpoligami. Sekarang saya perasan yg saya ni terlalu mengikut atau patuh pada setiap kata2 isteri ke2. Setiap kemahuannya saya turuti. Jika berlaku perbalahan dia berani dengan lantang menempelak tanpa menghormati status saya sbg suaminya. Dia juga sering 'mengula2kan' isteri 1st saya dan ank2nya demi mendapat sanjungan dari mereka dengan cara memberi hadiah barang, percutian atau pun wang ringgit. Sikapnya melebih2kan keluarganya sendiri berbanding ahli keluarga saya membuat saya makan hati dan kecewa. Saya juga syak dia ada kenalan lelaki yg istimewa tetapi saya seolah2 mengabaikan hal itu macam tak penting. Ada tak cara yang boleh mengesan adakah saya ini sudah diguna2kan oleh isteri ke2 saya.
    • ReplyTok Kencana
      Waalaikumussalam… Adakalanya berpoligami boleh menimbulkan konflik, tidak semestinya hasil perbuatan guna-guna dll. Tetapi sekiranya ada, semuanya boleh diuruskan, insyaAllah… Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut. Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.
  25. ReplyFatin
    Salam...saya ada masalah dengan suami yang terlalu kuat cemburu, baran dan suka pukul. Ibu dan bapa mertua juga pernah menghalau kami dari rumahnya semasa kami pulang bercuti. Sesungguhnya ibu mertua saya tidak suka pada saya sebagai menantunya kerana sudah ada calon menantu yang dia berkenan. Bila terjadi pergaduhan suami takkan mengakui kesalahannya malah akan menuding jari kepada saya sebagai punca dia marah-marah. Suami juga pendendam sebab dia dah berkata yang dia takkan lepaskan saya(cerai) walau apa pun terjadi. Saya tak dibenarkan keluar bekerja. Suami juga anak emak. Masalahnya sekarang saya dah tak sanggup hidup bersama dia. Memikirkan masa depan anak2 saya jadi nekad nak berpisah dengannya. Dah dibawa ke mahkamah tetapi dia tidak memberi kerjasama. Tolong bantu saya.
    • ReplyTok Kencana
      Sila berhubung terus untuk keterangan selanjutnya. Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700
  26. Replydania
    Salam, suami hendak berkahwin lain, dan sy dah izinkan. Sekarangsy sudah tawar hati dgn sikap suami yg setiap hari menghina dan mendera saya secara mental. Saya mintak diceraikan tapi dia tidak mau., sy bagi peluang kepada diti sendiri utk terus hidup dgn dia..tp lepas saya usaha utk kearah itu, perasaan sy makin jauh. Dan sy nekad nak berpisah. Ada ke rawatan supaya suami lembut hati utk ceraikan saya?
    • ReplyTok Kencana
      Memang ada. Tetapi kami berharap ianya untuk kebaikan. Sila hubungi Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.
  27. Replymohamed
    Salam saya ingin bertanya berapakah harga minyak pengasih dan minyak pengasih peram
    • ReplyTok Kencana
      Sila hubungi kami utk keterangan lanjut. Hubungi Saya Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.
  28. ReplySha
    saya ada masalah dengan pasangan saya, tapi masalahnya kami berdua menetap dia Australia & dia ni orang putih. Kami bahagia sangat dulu tapi sejak akhir bulan dua dulu, kami selalu bertengkar & sudah putus hubungan 2 kali & ini kali ketiga kami sambung balik. Sekarang Pasangan saya ni tidak pasti sama ada dia nak kawin lagi ke tak dengan saya, & dia juga tak nak lepaskan saya tapi dia juga tak beri perhatian pada saya lagi, umpama saya ni berngantung tak bertali. Saya masih lagi sayang dia & saya dah banyak bersabar dengan dia untuk dia kembali balik. Ada cara untuk Tuan buat cara jarak jauh tak?
    • ReplyTok Kencana
      Antara kepakaran kami adalah rawatan jarak jauh. Sila hubungi utk keterangan lanjut. Hubungi Saya Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.
  29. Replynik kamisah
    tok saya ada masalah rumah tangga suami jarng balik rumah malah ada perempuan lain hubungn jadi renggang boleh tok tolong saya?kalau boleh biar lupakan perempun itu dan biarlah suami cintakan saya seorang.Biarkan suami saya benci akan perempun itu.Saya tinggl jauh boleh ke tok buat jarak jauh.Saya bekerja.
    • ReplyTok Kencana
      Ada caranya dan rawatan jarak jauh adalah kepakaran kami. Sila hubungi kami utk keterangan lanjut. Hubungi Saya Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.
  30. Replysara
    Untuk minyak pengasih peram berapa harganya?
    • ReplyTok Kencana
      Sila hubungi untuk keterangan lanjut Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.

Leave a reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*