Rawatan paling popular diminta
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sejak akhir-akhir ini, ramai yang bertanya kepada kami tentang rawatan paling popular diminta oleh pelanggan. Sebenarnya kami sentiasa memberikan pilihan yang terbaik berdasarkan kes. Namun begitu, pelanggan ternyata lebih gemar mendapatkan rawatan-rawatan tersebut.
1. Rawatan Paku
– Rawatan Paku merupakan rawatan yang paling banyak mendapat permintaan. Hampir kebanyakan pelanggan baru, pelanggan sedia ada dan pelanggan yang direkomen oleh rakan-rakan memilih rawatan ini. Secara ringkasnya, Rawatan Paku bertujuan untuk membuang sifat-sifat buruk seseorang (pasangan suami isteri, anak, adik-beradik).
2. Minyak pengasih calit.
– Minyak pengasih merupakan rawatan yang kedua popular. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, minyak pengasih kami mempunyai tujuan umum dan khas. Bagi tujuan umum, ia mampu memberikan aura kepada si pemakai agar dikasihi orang ramai, bos, adik beradik, mentua dan lain-lain. Bagi tujuan khas pula, ia boleh ditujukan kepada seseorang hanya dengan mencalitkan barang kepunyaan orang yang dituju seperti kasut, baju dan lain-lain. Sebenarnya ia memang berkesan walaupun tanpa dicalit.
Sementara itu, dari masa ke semasa kami turut menerima kes-kes melibatkan gangguan makhluk halus, saka, ilmu hitam, sihir, santau dan lain-lain. Kes-kes sebegini memerlukan pemantauan lebih teliti.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami:
Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba atau mengetahui lebih lanjut tentang rawatan ini, sila hubungi Tok Kencana di talian:
Comments ( 2 )