Header Image - Rawatan Tradisional Tok Kencana

Tok Kencana Penipu @ Penyamar

“Mana minyak pengasih yang saya pesan? Kenapa sampai sekarang tidak dihantar?”  Inilah antara pertanyaan yang kerap saya terima dari orang tidak dikenali sejak beberapa bulan lepas.  Namun selepas membuat pertanyaan lebih lanjut, barulah saya tahu, rupa-rupanya ada orang yang telah menyamar sebagai Tok Kencana di Facebook. Tok Kencana penipu atau palsu ini telah memperdayakan ramai orang dengan menggunakan gambar dan keratan akhbar Tok Kencana yang asli.

 

Melalui siasatan yang dibuat, terdapat sekurang-kurangnya tiga page Facebook atas nama ‘Minyak Pengasih Tok Kencana’. Tidak cukup sekadar mewujudkan page, Tok Kencana penipu @ palsu ini turut membuat iklan Fbads bagi menarik lebih ramai mangsa.

 

Pihak kami menyedari bahawa masalah penipuan atau menyamar ini memang sering berlaku sejak dahulu lagi. Disebabkan itu, kami sentiasa meletakkan peringatan di laman web kami agar orang ramai hanya menghubungi kami melalui nombor telefon yang tertera sahaja.

 

Laporan tentang page palsu ini juga telah dibuat, tetapi tiada sebarang tindakan daripada pihak berkenaan. Jadi, kami hanya boleh memberikan amaran melalui laman web ini sahaja buat masa sekarang.

 

Berikut merupakan screenshot page FB palsu tersebut:

Tok Kencana Penipu Palsu a

Ini bukan page sebenar Tok Kencana dan nombor telefon yang digunakan juga berbeza.

Tok Kencana Penipu Palsu 2a

Ini bukan lokasi sebenar Tok Kencana

Tok Kencana Penipu Palsu 3a

Gambar-gambar yang dicuri dari laman web ini dan digunakan oleh page palsu tersebut

 

Jangan terpedaya dengan FB Tok Kencana Penipu @ Palsu @ Penyamar. Nantikan Page Facebook kami yang sebenar. Kami akan maklumkan di sini!

 

Tok Kencana hanya boleh dihubungi melalui talian 019-3434344 dan 012-3699117

PERINGATAN!

Pihak kami telah menerima aduan bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab menyamar dan mengambil wang rawatan perubatan bagi pihak kami terutamanya melalui media sosial Facebook. Kami tidak pernah memiliki akaun Facebook dan ada pihak yang mengambil gambar dari laman web ini untuk menipu orang ramai dengan menyamar sebagai pihak TOK KENCANA.

Lokasi Pusat Rawatan Tok Kencana yang terkini ialah di Ulu Klang, Kuala Lumpur.

Pihak Pusat Rawatan Tok Kencana HANYA menerima bayaran melalui akaun bank di bawah. Selain dari akaun bank ini, pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul.

Maybank

No. Akaun: 162508155648

Wan Nurashikin

 p/s: Tok Kencana boleh dihubungi melalui talian 012-3421341, 012-3611341, 012-6181341

 

* Sila klik pada butang (X) di sebelah atas kanan untuk menutup tetingkap ini