Mandi Bunga & Penyeri Wajah

Rawatan mandi bunga baik untuk penyeri, pulih semangat, rezeki dan sebagainya.

Secara lazimnya, seri wajah dan diri seseorang akan hilang seiring dengan peningkatan usia. Atas sebab itulah pelbagai kaedah telah diperkenalkan sejak lama dahulu bagi mengekalkan atau mengembalikan seri diri. Bagi masyarakat Melayu, kaedah yang sering diamalkan adalah Mandi Bunga.

Saya secara peribadi mengesyorkan agar Rawatan Mandi Bunga dilakukan setiap 6 bulan sekali bagi mengekalkan seri wajah dan diri. Itulah yang sering diamalkan oleh Puteri Jawa suatu ketika dahulu.

Sebenarnya bukan perkara biasa jika kita melihat seseorang wanita yang cantik tetapi wajahnya tidak berseri. Sementara itu, ada pula yang rupa parasnya biasa tetapi sering menarik mata kita untuk memandangnya. Itulah perbezaan antara wajah yang berseri dan tidak.

Bagi Rawatan Mandi Bunga yang saya lakukan, ia bukanlah sekadar mandi bunga biasa tetapi turut disertakan jampi. Pelanggan boleh merasakan perbezaannya sebelum dan selepas rawatan.

Selain itu, mandi untuk memulihkan semangat juga ada disediakan. Mungkin ada di antara kita yang sering merasa malang sentiasa dan ini membuatkan diri tidak bersemangat. Adakalanya kita tidak perasan sesuatu telah membuatkan semangat kita lemah. Contohnya melalui tempat-tempat ‘keras’.

Selalunya, saya akan mengesyorkan Rawatan Mandi Bunga dilakukan sebaik sahaja seseorang sudah berusia 18 tahun dan ke atas. Ini bukan sahaja untuk penyeri tetapi juga semangat dan rezeki.

MANDI BUAH-BUAHAN

Selain mandi bunga, Rawatan Mandi Buah-Buahan juga ada disediakan. Ini khusus untuk mengekalkan awet muda dan kelebihan lain. Antara buah-buahan yang boleh digunakan ialah epal merah, epal hijau, oren dan delima. Buah pisang tidak boleh digunakan kerana khasiatnya tidak begitu tinggi untuk rawatan ini.

Rawatan mandi buah-buahan sesuai untuk awet muda dan kecantikan.

Comments ( 2 )

  1. MarLiz
    Boleh tak Tok Kencana beritahu berapakah harga setiap sesi perawatan? Saya ingin bertanya dahulu takut2 tak cukup.. terimakasih
    • Tok Kencana
      Harga bergantung kepada jenis rawatan. Sila hubungi utk keterangan lanjut. Hubungi Saya Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana No. 4, Jalan 47, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu Rawatan: 9 pagi hingga 6 petang Sila Buat Temujanji Sebelum Datang No. Tel: 03-61201341, 03-61271341, 012-3699117 atau 013-6464700 SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.

Leave a reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*