MINYAK PENGASIH CALIT TOK KENCANA

minyak pengasih

Calit pada kasut pun menjadi!

Cinta benar-benar membuatkan ramai orang ‘buta’. Disebabkan itu, tidak hairanlah jika ramai orang merasa kecewa selepas mencurahkan segala-galanya. Begitulah yang dirasakan oleh Amin selepas dirinya ditinggalkan oleh kekasihnya Shila. Bukan sahaja kasih sayang, malah wang ringgit turut dilaburkan semata-mata untuk menggembirakan hati Shila. Namun dia tidak sangka Shila akhirnya meninggalkan dirinya dan beralih kasih kepada kekasih baru yang jauh lebih berharta.
Amin benar-benar kecewa dan tidak tahu pada siapa dia ingin mengadu. Harapannya hancur berkecai. Berkali-kali dia merayu pada Shila agar menerima dirinya kembali. Bagaimanapun, rayuannya sering dibalas dengan cacian dan makian.
Dengan sisa-sisa semangat yang ada, Amin mula mencari kaedah alternatif bagi meraih semula cinta Shila. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional mengesyorkan dirinya agar mengambil minyak pengasih. Amin mengambilnya tetapi cara penggunaan minyak pengasih tersebut mendatangkan kesukaran buat dirinya kerana ia perlu dicalitkan pada orang yang disasarkan. Bagaimana Amin hendak melakukannya sedangkan ingin bertemu dengan Shila pun boleh dikatakan mustahil. Wanita itu telah berpindah ke tempat lain yang tidak diketahuinya.
Mujurlah dalam kekusutan itu seorang rakan telah memperkenalkan dirinya kepada pengamal perubatan tradisional Tok Kencana. Menggunakan minyak pengasih calit yang diberikan oleh Tok Kencana, Amin tidak perlu bersusah payah mencari Shila. Dia hanya perlu mencalitkan minyak pengasih calit tersebut pada kasut Shila yang masih ada di rumahnya. Dia turut mencalitkan minyak calit tersebut pada beberapa barangan Shila yang disimpanya.
Berkat usahanya itu, akhirnya ia membuahkan hasil seperti diharapkan. Shila telah menghubungi telefon bimbitnya pada suatu hari dan menyatakan ingin kembali padanya. Sudah tentu rayuan Shila diterima dengan baik kerana memang itulah harapannya.
Begitulah antara kisah pelanggan yang telah datang mendapatkan khidmat dari Tok Kencana. Kehebatan minyak pengasih calit yang dihasilkan oleh beliau tidak pernah mengecewakan. Malah ramai menganggap minyak pengasih Tok Kencana sebagai sesuatu yang ajaib.
“Itulah kehebatan salah satu minyak pengasih yang saya hasilkan. Pengguna tidak perlu bersusah payah untuk mencalitkan pada badan orang yang ingin disasarkan. Cukup hanya menyapukannya pada barangan milik mereka,” jelas Tok Kencana.
Bagaimanapun, minyak pengasih calit tersebut sebenarnya bukan mudah untuk dihasilkan. Ia perlu dizikir, didoa dan dimasukkan ‘kuasa’ selama lebih kurang setahun setengah. Minyak pengasih calit itu juga dianggap sebagai Ibu Minyak Pengasih oleh sesetengah orang.
“Bila kuasanya sudah tinggi, maka calit pada kasut pun menjadi!” katanya.
Menurut Tok Kencana, minyak pengasih berkenaan sering disyorkan kepada pelanggan yang ditinggalkan oleh pasangan seperti suami isteri, kekasih atau tunang. Penggunaannya yang mudah membuatkan minyak pengasih ini mendapat permintaan tinggi.
Selain minyak pengasih, Tok Kencana turut menyediakan pelbagai rawatan lain seperti pelaris diri dan perniagaan, rawatan memulihkan dara atau tubuh, sihir dan buatan orang dan sebagainya.
Bagi mereka yang sukar untuk datang ke pusat rawatannya, Tok Kencana juga menyediakan rawatan jarak jauh. Meskipun pelanggan tidak bertemu secara langsung dengannya, kesan rawatan yang diberikan masih sama hebatnya.

Tok Kencana boleh dihubungi di talian 012-3699117 atau 019-3434344

 

Leave a reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*