RAWATAN GETAH SELUAR DALAM PULIH PASANGAN

Rawatan Getah Seluar Dalam

 

Assalamualaikum wbt,

Mungkin ramai yang agak hairan melihat tajuk kali ini. Apa kena mengena getah seluar dalam untuk memulihkan pasangan? Tanpa ilmu kebatinan dan petua, pastinya sukar untuk memahami perkara ini. Namun secara peribadi, Rawatan Getah Seluar Dalam merupakan salah satu rawatan terhebat untuk memulihkan pasangan yang bermasalah, termasuklah yang melibatkan sihir atau makhluk halus.

Antara kes terbaru yang pihak kami selesaikan melalui Rawatan Getah Seluar Dalam adalah kes melibatkan sebuah rumah tangga yang hampir runtuh gara-gara orang ketiga, malah turut membabitkan penggunaan ilmu hitam.

Seorang wanita telah datang menemui kami untuk meminta khidmat nasihat serta rawatan yang sesuai bagi menyelamatkan rumah tangganya yang telah lebih 10 tahun terbina. Segalanya bermula selepas suaminya itu mengenali seorang wanita Jawa yang bekerja sebagai pembantu rumah.

Sejak itu, suaminya mula berubah sikap dan tidak mempedulikannya lagi. Mulanya dia redha dengan perubahan sikap suaminya itu.

Namun lama kelamaan, wanita tersebut merasakan ada yang tidak kena dengan suaminya. Apa tidaknya, dia boleh berada di tiga tempat berbeza pada satu masa. Dia selalu menerima maklumat dari rakan dan kenalannya yang menyatakan suaminya ada di pejabat, sementara rakan yang lain mengatakan suaminya sedang berada bersama wanita Jawa tersebut, walhal ketika itu suaminya ada bersama-sama dengannya. Dia menjadi keliru sama ada lelaki yang ada bersama dengannya itu merupakan suaminya atau bukan.

Ekoran itu, dia yakin ada sesuatu yang mistik tentang situasi tersebut dan mengambil keputusan berjumpa dengan saya untuk mendapatkan rawatan.

Berdasarkan masalah yang dialaminya itu, saya mencadangkan agar dia mengambil Rawatan Getah Seluar Dalam, di mana dia perlu membawa getah seluar dalam atau seluar dalam suaminya dan kepunyaannya untuk tujuan pemulihan hubungan dan masalah mistik yang berkaitan.

Tidak lama selepas menjalankan rawatan itu, suaminya yang sebenar telah pulang ke rumah. Rupa-rupanya selama ini suaminya tidak pernah pulang ke rumah dan lebih banyak menghabiskan masa di pejabat. Suaminya itu juga meminta maaf kerana melupakan dirinya disebabkan tergila-gilakan wanita Jawa terbabit.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah angkara ilmu hitam wanita Jawa tersebut. Dia menghantar makhluk seperti Hantu Raya yang mampu berupa seperti suaminya untuk membuatkan wanita tersebut benci kepada suaminya dan seterusnya memudahkan tugasnya menggoda lelaki itu jika mereka bercerai. Maklumlah, lelaki itu merupakan seorang yang kaya dan berpengaruh. Memang benar, wanita itu mengakui sikap suaminya yang penyayang tiba-tiba berubah menjadi bengis dan pemarah. Malah dia selalu memarahi anak-anaknya, sedangkan suaminya itu sangat memanjakan mereka sebelum ini.

Alhamdulillah, setelah saya ‘ikat’ semula perasaan kasih mereka, semuanya kembali seperti sediakala. Kedua-dua makhluk halus yang menyerupai suaminya itu telah saya ‘tangkap dan buang’. Makhluk itu merupakan warisan ilmu keturunan wanita Jawa tersebut.

Kes rumah tangga ini telah berjaya diselesaikan dengan menggunakan Rawatan Getah Seluar Dalam. Biasanya rawatan ini mengambil masa selama 14 hari melalui amalan-amalan tertentu yang merupakan gabungan ayat-ayat pilihan dan petua-petua. Namun dalam kes wanita ini, semuanya sudah kembali pulih dalam masa 10 hari.

Sebenarnya banyak lagi kes rumah tangga yang berjaya diselesaikan dengan menggunakan rawatan ini. Biasanya saya mencadangkan pelanggan mendapatkan rawatan ini jika situasi sudah kritikal atau hampir memasuki fasa kritikal.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan nasihat rawatan tentang masalah rumah tangga yang dialami, bolehlah hubungi kami untuk penerangan lanjut.

Sila hubungi talian 012-3699117 atau 019-3434344 untuk membuat temujanji.

SMS dan ‘missed call’ tidak akan dilayan.

 

sangkar bhg 1

Keratan akhbar tentang Rawatan Seluar Dalam.

Comments ( 2 )

  1. ReplyAmin
    Salam tok. Saya nampak dlm google pusat rawatan ni ada di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Betul kah tu?
    • ReplyTok Kencana
      Ada cawangan di sana

Leave a reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*