Header Image - Rawatan Tradisional Tok Kencana

Minyak Pengasih Ajaib

 

Para pembantu Tok Kencana menunjukkan antara minyak pengasih yang berkhasiat tinggi.

Bagi mereka yang tercari-cari minyak pengasih sama ada bagi tujuan mengeratkan hubungan rumah tangga, mencari jodoh dan seumpamanya, saya menghasilkan pelbagai jenis minyak pengasih sebagai pilihan. Setiap minyak pengasih memiliki keistimewaan dan kehebatannya yang tersendiri bergantung kepada jenis dan kaedah penghasilannya.

Ibu Minyak Pengasih

1. Ibu Minyak Pengasih (calit pada kasut pun menjadi!)

Ibu minyak pengasih merupakan salah satu minyak pengasih yang amat rumit pembuatannya. Ia perlu didoakan, dizikirkan dan dimasukkan kuasa selama lebih kurang setahun setengah sebelum mencapai tempoh matang dan boleh digunakan. Apabila sudah mencapai tempoh matang, ia menjadi minyak pengasih yang sangat hebat hinggakan mencalit pada kasut atau barangan milik orang yang disasarkan pun sudah memadai.

2. Minyak Pengasih Peram

Berbanding minyak pengasih biasa, Minyak Pengasih Peram merupakan minyak pengasih yang lebih hebat. Ia merupakan minyak pengasih yang diperam selama lebih 10 tahun dan dikuasakan secara berterusan. Minyak ini amat berkesan dan memiliki fungsi yang pelbagai seperti pengasih, penunduk, penghormatan, sanjungan, pelaris dan sebagainya. Sangat sesuai digunakan oleh artis-artis, tokoh politik, pemimpin dan mereka yang berurusan dengan orang ramai agar sentiasa dikasihi, disanjung dan dihormati.

Antara minyak pengasih berkhasiat tinggi rebutan ramai yang ada di dalam simpanan Tok Kencana.

Salam perkenalan…

Minyak pengasih

Mungkin ramai yang sudah mendengar tentang diri saya atau pusat rawatan yang saya asaskan (Pusat Rawatan Tradisional Tok Kencana). Bagi mereka yang tidak pernah mengetahui tentang diri saya, saya sebenarnya merupakan seorang pengamal perubatan tradisional yang telah berpengalaman lebih 20 tahun di dalam bidang ini. Saya juga merupakan anak kepada pengamal perubatan tradisional terkenal Allahyarham Pawang Omar Sabar.

Di dalam blog ini nanti, saya akan mendedahkan sedikit sebanyak rahsia tentang petua rawatan tradisional, kelebihan-kelebihan dari sudut rawatan dan sebagainya.

Sebagai makluman, segala rawatan yang dijalankan di sini TIDAK menggunakan sebarang unsur-unsur syaitan tetapi petua lama dan ilmu yang diwarisi serta diperturunkan. Hasrat saya adalah untuk membantu seberapa banyak mereka yang memerlukan bantuan dan memartabatkan rawatan tradisional sebagai salah satu kaedah alternatif yang berkesan.

Sekian,

Tok Kencana.