Header Image - Rawatan Tradisional Tok Kencana

Urutan Tradisional Tok Kencana

urutan tradisional tok kencana

Urutan Tradisional Tok Kencana 
SERLAHKAN KEJANTANAN LELAKI SEJATI

Layu tidak bermaya. Itulah yang dialami ramai lelaki pada hari ini. Jangan berasa hairan jika anda merupakan salah seorang yang mengalami masalah lemah tenaga batin kerana ramai lagi lelaki menghadapi perkara serupa.
Pada era moden ini, jumlah lelaki yang menghadapi masalah tenaga batin semakin bertambah. Menurut seorang pengamal perubatan tradisional yang juga pengamal urutan tradisional berpengalaman, Tok Kencana, keadaan tersebut boleh dicetuskan oleh beberapa perkara seperti pemakanan yang tidak dikawal, penyakit serta perbuatan merosakkan badan seperti merokok, dadah dan sebagainya. Malah dalam beberapa kes, ada juga masalah disebabkan perbuatan sihir atau ilmu hitam.
“Suatu masa dahulu, kebanyakan pesakit saya berusia dalam lingkungan 40-an dan ke atas. Namun pada hari ini, ramai pesakit muda berusia 20-an turut datang mendapatkan rawatan. Jadi, ia bukan lagi masalah yang melibatkan usia tetapi pelbagai punca lain,” katanya.
Bagaimanapun, Tok Kencana yakin masih ramai lelaki memendamkan masalah yang dihadapi kerana bimbang ego dan maruah mereka tercalar sekiranya diketahui oleh orang lain. Jadi, mereka lebih rela menderita di dalam diam.
“Sebenarnya tiada apa yang perlu dimalukan atau disembunyikan. Apatah lagi menderita dalam diam dan tidak menunaikan tanggungjawab terhadap isteri. Masalah tenaga batin boleh diselesaikan melalui pelbagai kaedah dan salah satunya adalah melalui urutan,” ujar beliau.

 

Urutan Tradisional Tok Kencana

Meskipun begitu, beliau menegaskan bahawa masalah tenaga batin memerlukan teknik urutan khas, bukannya mengurut secara membuta tuli. Disebabkan perkara itu, beliau tidak hairan jika ramai tukang urut tradisional ‘angkat tangan’ jika mendapat kes melibatkan masalah tenaga batin.
“Urutan bagi masalah tenaga batin memerlukan kemahiran khas. Bukan mudah untuk menangani masalah tenaga batin tanpa pengetahuan dan pengalaman yang tinggi dalam bidang ini.
“Bukan itu sahaja, kebanyakan urat-urat yang berkenaan dengan keupayaan tenaga batin seseorang tidak boleh disentuh sebarangan. Kesalahan urutan bukan sahaja tidak mampu memulihkan pesakit, tetapi boleh menjadikannya lebih buruk,” jelas beliau.
Tok Kencana memperolehi ilmu perubatan tradisional termasuklah urutan rahsia tenaga batin melalui bapa beliau yang merupakan seorang pengamal perubatan terkemuka ketika hayatnya.
Selain berkebolehan merawat masalah tenaga batin, beliau turut dikenali kerana kehebatan rawatannya menangani gangguan makhluk halus, sihir, ilmu hitam dan seumpamanya.
“Keistimewaan rawatan di sini, pelanggan secara tidak langsung boleh mengetahui seandainya masalah yang dihadapi mereka berpunca dari perbuatan halus ataupun tidak. Sekiranya tidak, rawatan urutan biasa akan dilakukan terlebih dahulu. Namun seandainya ada, mereka tidak perlu pergi ke tempat lain kerana kami juga berkebolehan merawatnya,” terang beliau.
Tok Kencana menegaskan sekiranya seseorang pesakit mengalami masalah tenaga batin disebabkan perbuatan sihir atau makhluk halus, rawatan biasa tidak mungkin berjaya memulihkannya. Malah terdapat beberapa pelanggan yang datang ke tempatnya selepas disarankan oleh doktor apabila rawatan biasa tidak dapat mengesan puncanya.
“Dalam perkahwinan, perbuatan khianat seperti sihir dan ilmu hitam sudah biasa terjadi. Terdapat banyak sebab yang mencetuskannya seperti dendam, marah, dengki dan lain-lain. Jadi, tidak mustahil ada yang sanggup menggunakan sihir bagi melemahkan kemampuan seksual seseorang suami agar tidak mampu menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya lagi.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan Urutan Tradisional Tok Kencana dan sebagainya, sila hubungi beliau di talian:

012-3699117 atau 019-3434344

Pengakuan:

5 Tahun tidak ‘bersama’ isteri

“Selepas mendirikan rumah tangga selama setahun, saya mendapati prestasi seksual semakin menurun. Disebabkan itu, saya cuba mengambil beberapa ubat-ubatan dan mendapatkan rawatan lain. Namun keadaan tersebut semakin memburuk sehingga akhirnya saya tidak mampu menunaikan nafkah batin terhadap isteri.
“Apabila mendapatkan pandangan rakan-rakan, ramai yang beranggapan saya telah terkena buatan orang. Perkara ini benar-benar membimbangkan saya. Bagaimanapun, keadaan tetap tidak berubah selepas berjumpa dengan beberapa pengamal perubatan tradisional. Saya semakin runsing apabila sudah 5 tahun tidak ‘bersama’ dengan isteri.
“Mujurlah dalam kerunsingan itu, saya masih tidak berputus asa mencari rawatan sehingga akhirnya mendapatkan rawatan Urutan Tradisional Tok Kencana. Melalui pemeriksaan beliau, saya telah diyakinkan masalah saya tiada kena mengena dengan apa-apa perkara ghaib seperti sihir dan sebagainya. Namun beliau menyarankan agar saya mengambil rawatan Urutan Tradisional Tok Kencana.
“Apa yang pasti, rawatan Urutan Tradisional Tok Kencana cukup hebat dan menakjubkan. Dalam beberapa siri rawatan, akhirnya saya sudah mampu beraksi semula.
“Saya benar-benar terharu dengan kejujuran dan kehebatan beliau. Mungkin orang lain boleh mengambil kesempatan dan keuntungan dengan mengatakan saya disihir. Tetapi beliau sangat jujur. Saya akan menjadi pelanggan tetapnya sampai bila-bila.”
Anuar, 36, Kajang, Selangor.