Kami merawat, bukan membodohkan…

Assalamualaikum wbt,

 

Sebagai pengamal perubatan tradisional, bermacam-macam cabaran yang kami tempuhi bagi memberikan rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Bukan sahaja cabaran dari makhluk halus serta ilmu hitam, tetapi lebih memeningkan kepala apabila ada sesetengah pelanggan meminta perkhidmatan yang bukan-bukan.

 

Sebagai contoh, ada pelanggan yang meminta agar suami / isteri kembali sayang kepadanya. Setelah proses rawatan dibuat (bukan mudah ya), pasangan kembali sayang dan cinta kepada mereka seperti dikehendaki. Ketika ini, pujian demi pujian diberikan kepada kami.

 

Tetapi tidak lama kemudian, tiba-tiba dia menghubungi kami semula mengatakan suami / isterinya berubah sikap semula. Dari penyayang berubah kepada pemarah. Bila ditanyakan sebabnya, mereka katakan bahawa pasangan mereka marah kerana berjaya menangkap mereka berlaku curang. Kalau begitu kesnya, sesiapa sahaja yang normal akan menjadi marah.

 

Baiklah, di sini saya ingin memberikan penerangannya. Perkhidmatan yang kami sediakan adalah merawat, bukan menjadikan pasangan bodoh atau gila sehingga mampu menurut apa sahaja yang dikehendaki. Sekiranya pasangan anda curang, boleh dirawat. Tetapi jika anda curang dan pasangan berjaya menangkapnya, itu salah anda sendiri. Kes sebegini boleh dirawat, tetapi bukan kerja mudah. Dan sekali lagi ditegaskan, kami merawat, bukan membuat suami/isteri anda bodoh atau gila. Disebabkan itu, pelanggan akan mendapat suami  / isteri mereka semula dalam keadaan normal, bukan bodoh atau gila!

Sepatutnya kita perlu sedar bahawa keharmonian rumah tangga adalah bergantung kepada kasih sayang antara pasangan. Jika diri sendiri tidak boleh memberikan komitmen dan mahu pasangan mengikut telunjuk sepanjang masa, dari mana perasaan sayang akan datang? Tentunya pasangan akan bosan.

 

Kami sekadar membantu memulihkan semula hubungan sekiranya bermasalah, tetapi bagi menjadikan hubungan anda berkekalan, usaha anda sendiri adalah lebih penting. Jika tidak, maka berterusanlah rumah tangga anda perlu dipulihkan.

Leave a reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*